Tips Temuduga Kerajaan

Tips Temuduga SPA & Kerajaan

Ramai yang di antara kita teringin sangat untuk mendapat jawatan dengan kerajaan. Saya sangat pasti anda di sini sekarang kerana mencari tips temuduga SPA atau kerajaan.

Lebih-lebih lagi dengan kelebihan yang bakal kita terima yang membuatkan kita teruja untuk menjawat jawatan kerajaan.

Sebelum dapat menjawat apa-apa pun jawatan kerajaan anda perlu melalui sekurang-kurangnya 3 proses iaitu membuat permohonan, menghadapi exam dan juga yang terakhir dan yang paling getir adalah menghadapi temuduga kerajaan ni.

[+] Peperiksaan Online Terbaru SPA –> Penolong Pegawai Penerangan S27

Part temuduga SPA atau kerja kerajaanlah biasanya membuatkan kita seram sejuk dan tak tidur malam, sebab part interview inilah yang paling ramai GAGAL!

Di sini, saya kongsikan dengan anda tips temuduga kerajaan, ilmu dan pengalaman yang saya dan rakan-rakan ada bagi membantu anda menghadapi temuduga kerja kerajaan ini dengan tenang dan mudah.

Walaupun saya lebih menekankan kepada tips lulus temuduga kerajaan tetapi tips-tips temuduga ini sebenarnya adalah tips yang evergreen. Ia juga boleh diguna pakai untuk  tips temuduga swasta juga.

 

[+] Nak lulus temuduga SPA? Baca ni..  -> Soalan Temuduga SPA

 

5 Perkara Yang Anda Harus Siapkan Diri Anda

1. Wajib Tahu Tugas Anda Sebagai Seorang Pembantu Tadbir

Tugas anda termasuklah menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas kementerian, jabatan dan bahagian yang berkenaan.

Tugas anda adalah seperti menyelenggara dokumen, fail, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik dan penyediaan.

2. Kaji Kementerian & Jabatan Di Mana Anda Akan Ditempatkan

Sangat penting untuk anda mengetahui visi, misi, fungsi asas dan struktur organisasi bahagian, jabatan atau kementerian dimana anda akan ditempatkan.

Dengan adanya internet, kerja ini amat mudah untuk anda, google saja.

3. Peka Dengan Isu-Isu Semasa

Banyakkan kajian tentang isu-isu semasa yang berlaku yang ada kaitan dengan kementerian, jabatan di mana anda akan ditempatkan. Jika anda akan ditempatkan di Kementerian Kesihatan sebagai contoh, pastikan anda mengetahui tentang;

  • Kempen cara hidup sihat
  • Kempen pencegahan dan pembasmian denggi
  • Penswastaan perkhidmatan sokongan hospital
  • Peranan NGO dalam bidang kesihatan
  • Dan sebagainya

4. Penilaian Semasa Temuduga

Di dalam mana-mana temuduga awam mahupun temuduga sektor swasta sekalipun, anda akan dinilai dari sudut etika, budaya, pemakaian, komunikasi, sahsiah diri dan kesesuaian.

Jangan risau, anda mempunyai cukup masa untuk memastikan diri anda adalah prospek yang paling sesuai.

5. Soalan Semasa Temuduga

Semasa sesi temuduga, akan ada dua panel di hadapan anda. Bergantung kepada jumlah pemohon, temuduga akan dijalankan secara berkumpulan dengan 5 orang setiap kumpulan.

Soalan semasa sesi temuduga dibahagikan kepada tiga bahagian.

Sesi Pertama : Anda akan diminta mempererkenalkan diri

Sesi Kedua : Anda akan diberi situasi dan diminta untuk memberikan penjelasan atau tindakan atas situasi tersebut.

Sesi Ketiga : Soalan umum, pengetahuan am dan isu semasa. Contohnya;

  • Bilakah waktu bekerja seorang pembantu tadbir
  • Di mana kawasan larangan merokok?
  • Apakah nama bendera Malaysia?
  • Bila pembentukan Malaysia?
  • Bila sambutan Hari Guru?
  • Siapa Menteri Pelajaran Malaysia?
  • Siapa Perdana Menteri Malaysia ke-4?
  • Kenapa perlunya pemakaian ‘name tag’ di jabatan-jabatan?
  • Apakah manfaat facebook atau social media.

 

[+] Baca artikel ini -> Soalan Temuduga SPA

 

Tips Menghadiri Temuduga SPA

Di bawah ini saya sediakan kepada anda check list tips menghadiri temuduga SPA.

Sebelum Temuduga

1. Buat Kajian Tentang Jawatan Yang Anda Pohon

Contohnya temuduga untuk Pegawai Kesihatan. Dapatkan maklumat tentang misi, visi atau aktiviti utama Kementerian Kesihatan Malaysia dan skop tugas jawatan yang anda pohon.

Dengan cara ini anda dapat menimbulkan minat serta dapat membiasakan diri dan membuat persediaan menghadapi temuduga.

2. Bersedia Untuk Tidak Hanya Menjawab Tetapi Bertanya Soalan

Siapkan diri anda dengan soalan-soalan yang mungkin akan ditanyakan ketika temuduga, sediakan jawapan-jawapan yang tepat, bernas dan dapat menarik perhatian panel temuduga. Jawab secara relax dan elakkan menghafal.

Selain itu, jadi calon yang proaktif dengan bertanyakan soalan yang bijak kepada panel temuduga.

3. Sediakan Pakaian Yang Sesuai

Bagi lelaki pakai baju kemeja & bertali leher dan wanita pakai pakaian yang sopan. jangan pakai pakaian yang menjolok mata.

Bagi wanita Islam, pakailah pakaian yang menutup aurat.

4. Sediakan Dokumen-Dokumen Penting

Pastikan anda siapkan semua dokumen penting yang hendak dibawa semasa temuduga dan letakkannya di satu tempat yang mudah anda kenal pasti.

Ini dapat mengelakkan anda daripada menggelabah dan tergopoh-gapah semasa hari temuduga.

5. Pastikan Anda Tahu Tempat & Lokasi Temuduga

Kekalkan fokus anda dalam menghadapi temuduga ini. Pastikan anda tahu lokasi temuduga kerja yang bakal anda hadapi.

Jika boleh, survey dulu paling lewat sehari sebelum tarikh temuduga anda supaya anda tidak sesat ketika hari temuduga.

6. Baca Isu-Isu Semasa

Untuk pengetahuan anda, penemuduga suka kepada calon-calon yang proaktif dan tahu isu-isu semasa yang terjadi di dalam dan di luar negeri.

Cari maklumat isu terkini dan barisan menteri kabinet terkini dengan membaca media massa atau rajin-rajin layari internet untuk cari maklumat ini.

7. Dapatkan Juga Tips Dari Rakan

Nak berjaya temuduga SPA, pembantu tadbir atau temuduga kerajaan ini kenalah rajin-rajin bertanya dengan senior atau rakan-rakan yang ada pengalaman. Pengalaman mereka tu sangat berharga.

Kalau tiada rakan yang ada pengalaman, dapatkan tips atau panduan khas yang dijual oleh pakar di internet.

8. Minta Restu & Doa Ibu Bapa

Hubungi ibu bapa anda. Minta ampun dan restu dari mereka sebelum menghadiri temuduga ini. Anda juga jangan lupa berdoa supaya lulus temuduga kerajaan ini.

9. Tidur Awal & Bangun Awal

Pastikan tidur awal dan tidur secukupnya sehari sebelum menghadapi temuduga. Ianya sangat membantu anda di hari temuduga ada.

 

Semasa Temuduga

  1. Datang 30 minit lebih awal ke lokasi temuduga. Ini dapat membantu anda menghilangkan rasa gugup.
  2. Beri salam kepada panel temuduga. Fokus dan dengar dengan teliti semua soalan yang diajukan.
  3. Minta penjelasan jika anda tidak faham soalan.
  4. Jaga adab dan duduk dengan sopan. Perhatian! Jangan sekali-kali menyilangkan kaki anda di depan penemuduga.
  5. Letakkan beg atau apa sahaja yang anda bawa dibawah.
  6. Jangan gunakan loghat negeri walaupun penemuduga itu anda kenal atau sekampung dengan anda.
  7. Sebaik-baiknya matikan telefon bimbit. Ini akan membantu anda untuk kekal fokus sepanjang sesi temuduga.
  8. Semasa menjawab, elakkan dari memberi jawapan yang menunjukkan bahawa anda memerlukan simpati penemuduga untuk diterima dalam temuduga itu. Sebaliknya berikanlah jawapan yang dapat menunjukkan anda optimis dalam bidang yang hendak anda ceburi itu.
  9. Berbual secara terbuka, terang dan jujur dan atasi sifat malu anda. Tiada siapa yang mahu mengambil pekerja yang pasif tetapi jangan melebih-lebih hingga mewujudkan sifat terlalu yakin anda akan mendapatkan pekerjaan yang anda pohon.
  10. Jangan terlalu serius, tunjukkan sikap ceria dan tenang.
  11. Pastikan anda menatap mata panel penemuduga. Ini dapat menimbulkan kepercayaan kepada panel bahawa anda seorang yang sangat berkeyakinan.
  12. Ucapkan terima kasih selepas temuduga. Nyatakan sekali harapan anda supaya dapat diterima di akhir sesi temuduga.
  13. Semasa menunggu keputusan temuduga, banyakkanlah berdoa kepada Tuhan supaya anda berjaya diterima.

 

[+] Nak tahu soalan favourite penemuduga -> Soalan lazim temuduga

 

Semoga tips ini dapat sedikit sebanyak membantu anda. Ini hanyalah sedikit tips yang dapat kami berikan kepada anda berkenaan tips temuduga SPA.